Kelahiran Dan Masa Muda
Nabi Muhammad SAW. lahir pada hari senin tanggal 12
rabi’ul awal, tahun gajah. Penamaan tahun gajah ini berkitan dengan pasukan
gajah yang dipimpin oleh Abrahah untuk menyerang Ka’bah, namun pasukan Abrahah
dihancurkan terlebih dahulu oleh sekumpulan burung utusan Allah SWT. yang
membawa batu kerikil panas, batu tersebut dilemparkan oleh burung-burung
tersebut, sampai pasukan Abrahah binasa.
Ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama Siti
Aminah. Nabi Muhammad SAW. lahir dalam keadaan yatim, ayahnya meninggal ketika
Nabi Muhammad SAW. masih di dalam kandungan ibunya. Menurut tradisi
Masyarakat Mekkah, Nabi Muhammad SAW. disusukan oleh seorang ibu susu yang
bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama
beberapa tahun. Setelah beberapa tahun, baginda dibawa lagi ke Makkah untuk
mengunjungi ibunya. Namun setelah beberapa waktu, ibunda Nabi Muhammad SAW.
meninggal di Desa Abwa, ketika sedang menjiarahi makam Abdullah suaminya.
Setelah ibunda Nabi Muhammad SAW. meninggal, beliau diasuh oleh Kakeknya, Abdul
Muthalib. Setelah Kakeknya meninggal, beliau diasuh oleh Pamannya, Abu Talib.
Ketika dalam asuhan pamannya, beliau sering kali membantu mengembala
kambing-kambing pamannya di sekitar Mekah dan kadang juga menemani pamannya
dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil,
Nabi Muhammad SAW. tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat
dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang penuh dengan kekufuran.
Dalam masa
remajanya, Nabi Muhammad SAW. hidup dengan cara amat sederhana dan membenci
sifat-sifat angkuh dan congkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para
janda dan anak-anak yatim serta bersimpati terhadap penderitaan mereka dengan
berusaha menolong mereka. Beliau juga menghindari semua kejahatan yang menjadi
kebiasa di kalangan Masyarakat Makkah pada masa itu seperti berjudi, meminum
minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali
sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda
sentiasa dipercayai sebagai orang yang mengahi pertikaian di kampung halamannya
di Mekah.
Kerasulan
Nabi Muhammad
SAW sangat sedih melihat kebiasaan-kebiasaan buruk masyarakat makkah, sehingga
beliau sering ke Gua Hira, sebuah gua dekat bukit di Makkah, yang kemudian
dikenali sebgai Jabal al-Nour untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang
dihadapi masyarakatnya. Di sinilah beliau sering berfikir dengan keras, memohon
kepada Allah supaya memusnahkan kedurhakaan yang terjadi di masyarakat makkah
pada saat itu.
Pada suatu
malam ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Nabi
Muhammad SAW.. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad
SAW. yaitu surat Al-Alaq ayat 1-7. Beliau diminta membaca oleh Malaikat Jibril.
Beliau menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga
kali meminta Nabi Muhammad SAW. untuk membaca tetapi jawapan beliau tetap sama.
Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah
dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan
perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."
Ini merupakan
wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda berusia
40 tahun. Setelah menerima wahyu tersebut, Nabi Muhammad SAW. menceritakan
semuanya kepada istrinya Siti Khadijah, lalu Siti Khadijah pun lagsung
menenangkan serta meyakinkan Nabi Muhammad SAW. akan kerasulannya.
Wahyu-wahyu
selanjutnya diturun kepada Nabi Muhammad SAW. dari waktu ke waktu selama 23
tahun. Wahyu-wahyu itu diturunkan menurut keperluan Rasulullah dan dikumpulkan dan
dibukukan menjadi Kitab Al-Quran.
Isra Mi’raj
Isra Mi’raj
adalah peristiwa perjalanan malam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, lalu ke Sidratul Muntaha, Arsy Nya Allah.
Peristiwa ini terjadi pada Tahun Kesedihan, dimana pada tahun ini, orang-orang yang
dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW. telah meninggal dunia, yaitu pamannya Abu
Thalib, dan Istrinya Siti Khadijah. Selain itu, ancaman dan siksaan yang
dilakukan oleh kaum kafir semakin menjadi karena orang yang selalu melindungi
Nabi Muhammad SAW. yaitu Abu Thalib telah meninggal dunia.
Pada malam 27
Rajab, Nabi Muhammad SAW. diajak oleh malaikat Jibril untuk melakukan Isra
Mi’raj tersebut, dari mulai Makkah ke Masjidil Haram, lalu ke Masjidil Aqsa,
dengan menggunakan Buraq sebagai kendaraanya. Di riwayatkan bahwa ketika di
Masjidil Aqsa, Nabi Muhammad SAW. menjadi imam shalat sunnah 2 rakaat bersama
para Rasul terdahulu. Setelah itu Beliau melanjutkan perjalanannya menuju
Sidratul Muntaha yang melewati 7 lapis langit. Ketika melewati setiap lapis
langit Nabi Muhammad SAW. bertemu dengan Rasul terdahulu.
Ketika sudah
bertemu dengan Allah SWT., Nabi Muhammad SAW. diberi perintah untuk
melaksanakan Shalat 5 waktu untuk seluruh Umatnya. Selain itu banyak kisah
lainnya tentang Isra Mi’raj, diantaranya gambaran Neraka dan Surga.
Perjalanan ini
hanya dilakukan dalam satu malam saja oleh Rasulullah, sehingga merupakan suatu
hal yang tidak dapat di cerna oleh akal, tetapi harus di terima oleh Iman.
Hijrah
Di Makkah
terdapat Ka’bah yang telah dibangun oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Sulaiman
a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada
Allah. Sebelumnya, Ka’bah dijadikan sebagai tempat sembahyang selain kepada
Allah SWT. oleh masyarakat jahiliyah.
Peristiwa
Hijrah ini disebabkan oleh banyaknya tentangan, ancaman, siksaan dari kaum
Kafir Quraisy yang terus menerus dilakukan kepada kaum islam di Makkah. Oleh
karena itu, Nabi Muhammad SAW. mencari jalan untuk melindungi kaum Islam dari
siksaan Kaum Kafir. Mulai dari mencari bantuan, sampai pada keputusan untuk
Hijrah ke Madinah.
Nabi Nabi
Muhammad SAW. berusaha untuk menyebarkan Islam. Usaha tersebut membuahan hasil,
sekumpulan orang dari Yasthrib tertarik dengan seruan baginda. Mereka menemui
Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara
sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi
Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun
berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yasthrib datang lagi ke Makkah.
Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini,
Abbas bin Abdul Muthalib, yang belum menganut Islam pada saat itu, hadir dalam
pertemuan tersebut. Mereka mengundang Nabi Muhammad SAW. dan orang-orang Islam
Mekah untuk berhijrah ke Yasthrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai
saudara seagama. Dialog yang memakan waktu agak lama diadakan antara mayarakat
Islam Yasthrib dengan Rasulullah. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah
beramai-ramai ke Yasthrib.
Mengetahui masyarakat
Islam merancang meninggalkan Makkah, Kaum Kafir Quraisy Mekah mencoba untuk menghalangi
mereka. Namun kumpulan pertama telah berhijrah ke Yasthrib. Kaum Kafir Quraisy Mekah
bimbang hijrah ke Yasthrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk
mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua
bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali
dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian
memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berhasil.
Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai
dengan selamat ke Yasthrib.
Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi
khutbah terakhir Rasulullah SAW)
Ketika
Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun
10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah
terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, serta diturunkannya Surat Al-Maidah ayat
3, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,
dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah
bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh
itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai
manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai
hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka
mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang
kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai
manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah
zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu
semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan
diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai
manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar